Tuesday, October 25, 2011

Kluang?? Taiping??

Selalu nya aku akan pegi melawat tapak projek aku di Ayer Hitam, Johor yang sekarang ni tengah rancak untuk menyiapkan sebuah Balai Bomba untuk kawasan Ayer Hitam dan sekitarnya... kadang-kadang tu tergerak rasa hati nak pegi Bandar Kluang sebab situ yang famousnya, Kluang Rail Coffee Shop nya.. tapi asyik tertangguh aje.. sebab takde hal nak buat kat situ.. hehe

So hari ni, alang-alang aku dah sampai situ atas urusan dengan Jurutera TNB Bahagian Perancangan berkenaan projek Balai Bomba tu jugak, aku pun ronda2 sekitar bandar Kluang tu... tak susah pun.. ada beberapa jalan je yang boleh dikatakan jalan utama.. kalau dari tol Ayer Hitam dalam 1/2 jam smpai la.. dan dalam pemerhatian aku, bandar ni develop pun sepanjang landasan keretapi kat situ..

Disebabkan dari JB aku tak sarapan, terus settlekan kerja dulu, aku pun carik la Kluang Rail Coffee ni.. time tu dah pukul 11am.. tak susah pun, betul2 satu bangunan dengan Stesen Keretapi Kluang tu.. di sebabkan esok Depavali, jem sikit la, org2 shopping.. jalan nak ke stesen pun tutup, terpaksa pusing jauh.. dah sampai tu, aku ingatkan dah tutup, rupanya ada lagi.. cuma dah menghampiri waktu tutupnya.. haha..

So, aku order menu basic roti bakar, kopi ais dan telur 1/2 masak... mmg sedap pun.. kopi dia kaw pun.. tapi, sori la ehh??? tak sempat nak amik gambar.. lapor punya pasal... hahaha

Dah lepas minum tu, melepak la kejap kat stesen tu... perghhh.. tetiba terasa mcm kat Taiping pulak.. hahahaha.. dah rasa nak balik pulak.. hahaha..

Keadaan stesen tu mmg dah uzur mcm kat Taiping.. walaupun tak sama, tapi bole di kira sama level dengan Taiping la environment tu..






So, lepas ni nak pegi stesen keretapi Taiping pulak.. nak tengok mana lagi uzur... hahaha

For info, Kluang Rail Coffee ni dah bukak branch macam Old Town tu.. bole tengok dalam website dia.. kluangstation

tapi biasa lah... bila dah nama pun coffee house milik orang cina.. "binatang" tu mesti dikaitankan dengan makanan yang di sajikan kat situ... apa2 pun, kalau was-was jangan la masuk makan.. kalau yakin, tawakal saja la eh??

Monday, October 24, 2011

Gadget Baru - Blackberry Mukabuku

dah lama tak update blog ni.. kuang kuang..

ok, entry kali ni pasal "toy" terbaru yang aku angkat setelah "habis pikir".. haha
memandangkan kewangan tak mengizinkan.. maka nafsu mendorong aku membuat installment dengan AEON melalui Seng Heng... berapa lama & berapa bulan2.. tak perlu di terangkan... :)

so dah dekat seminggu pegang mainbuku ni, dan ianya amat memudahkan aku utk membuat kerja dan apa2 saja yang aku nak tanpa membuka laptop aku...

antara "cool features" yang memudahkan aku adalah:

1. "Blackberry Bridge"- pairing Blackberry smartphone aku dan mukabuku dalam meng"access" internet, email, file2, memo, task dan jugak BBM.

2. "Wireless Data Sharing" - menjadikan mukabuku aku ini sebagai Mass Storage tanpa wayar yang bole di access di laptop aku dengan menggunakan internet wifi connection sebagai medium penghantaran.

setakat ini, mukabuku memang memuaskan hati aku.. walaupun application Blackberry tak sebanyak Apple dan Android..

tapi mengikut sumber2 dan berita semasa RIM, RIM akan update OS mukabuku ini supaya ianya boleh memainkan semua applikasi Android ke dalam mukabuku... so, it will be a heaven for BB user soon... YEAH!!

sekarang pun, kebanyakan vendor games seperti EA dan Gameloft dah mula menghasilkan games2 HD yang menarik.. tapi kena lah beli.. bukan free lor.. haha

tapi bagi aku, penantian Apps Autocad WS adalah amat ditunggu... sebab, ianya penting bagi aku untuk memudahkan kerja-kerja aku di tapak dan di mana jua...