Assalamualaikum...
Perghhh..!!!! dah lama gila tinggal kan blog nih... tak tau la kenapa.. sibuk sangat kot??
Isk.. segan pulak nak write new entry.. ahhh.. poyo je.. tulis je lah.. ahahaha
So, seperti tajuk aku di atas.. aku dah pun jual Myvi kesayangan aku tu.. dan beralih arah kepada dunia
rempit (oppsss...!!! rempit is for budak-budak yang baru nak besor, bikers is for orang dah besor.. ahaha)
Salah la pulak.. dunia bikers la.. setelah lebih 5 tahun tinggalkan arena permotoran 2 tayar nih.. So, aku kembali menunggang tenggiling 2 tayar ni di atas jalan raya.. yeahhh..!!!
Sebelum aku write dengan lebih panjang, sebab dan musabab semua yang berlaku.. ni ha gambar terakhir Myvi aku sebelum di jual...
Myvi Sxi 2009
Sebab musabab aku jual Myvi ni:
1. Nak jimat petrol, toll, maintenance, bla bla bla..
2. Nak cepat pegi-balik keje
3. Nak pakai 1 kereta yang lebih flexible, besar dan pelbagai guna; yakni MPV (masa tu aku 1 kereta, wife aku 1 kereta)
4. Keadaan traffic kat Selangor dan KL yang teramat la teruk
Rasanya itu la sebab utama aku jual Myvi aku nih..
Aku berjaya jual pada harga yang agak reasonable walaupun baru 3 tahun pakai kereta ni.. dan kereta ni berjaya di jual di hometown aku, Taiping pada harga RM 31,300.
Dengan baki hutang dekat bank RM37, 200.. so, aku kena tambah dalam 6 ribu lebih dekat bank..
Sebab musabab aku jual kat Taiping instead of Selangor.. rata-rata sepanjang aku servey, semua used car nak amik bawah 30 ribu.. dalam 28 ribu macam tu, So, sakit la aku nak topup banyak dekat bank..
Dan alhamdulillah, uncle used car kat Taiping nun bagi harga yang agak tinggi.. dan yang penting dalam bajet aku..
So, dengan terjualnya Myvi aku nih, aku terus angkat Yamaha FZ150i - cash RM 8,300 dekat Taiping jugak.. dah memang luck aku agaknya, boleh dapat harga murah macam tu untuk FZ tahun 2012 nih... sebab kalau ikutkan aku servey sekitar area Klang dan Shah Alam dalam RM8,5,00 - RM9,000 untuk FZ 2012 nih..
Apa-apa pun layan motor stended ni dulu..
Setelah pikir punya pikir.. maka tergelar la FZ aku ni dengan nama "RED RIDING HOOD" ahaha...
Lupa pulak.. sebelum "RRH" aku ni keluar, aku dah sambar dah jaket dengan glove.. Jaket Contin Corble and Glove Scoyco.. dengan member aku dekat Seksyen 15, Shah Alam.
Price? Jangan tanya la.. sum total RM300 dua benda alah ni je.. kopak kopak.. ahaha.
So, hari pertama keluarnya "RRH" ni, dah pun di lenjan kan atas highway pantang nya.. riding Taiping - Klang..
Dengan khabar khabar angin menceritakan FZ nih teramat jimat minyak.. ternyata terbukti khabar angin tersebut.. perjalanan hampir 4jam (bawak 100-110km/j sebab masih dalam pantang) hanya memerlukan RM25 sahaja.. motor lain, aku tak pasti la..
So, bermula la hari-hari aku dengan "RRH" aku ni.. hmmmm...
Tapi tak habis setakat tu je.. dalam hari minggu yang sama "RRH" aku ni keluar, MPV baru untuk 1 family aku pun keluar jugak.. Nissan Grand Livina 1.8 Impul Aerokit... Perodua Viva wife aku telah pun di ambil guna pakai oleh mak & ayah mertua aku.. yakni, mak & ayah wife aku la.. setelah depa jual Wira Aeroback 1.6 tahun 2000 kat Taiping jugak.. Ahahahaha.. Taiping amik kereta tinggi wei.. mai pakat jual kat Taiping meh... ahahaha
GL nih untuk wife aku bawak la.. dia nak ulang alik Klang-KL tiap-tiap hari, sementara dia nak sambung PHD dekat UiTM Shah Alam nanti.. sedap sikit dia nak bawak kereta berbanding Viva nun..
Jadi, lengkap la sudah pengangkutan untuk aku sekeluarga... Insyallah aku akan write lagi, mungkin banyak focus pada tenggiling merah aku la.. hehehe
Nota Kaki:
Dalam pemerhatian... Kawasaki Versys 650..