Thursday, August 23, 2012

Radiator Cover for FZ 150i

Kali ni aku nak cerita pasal DIY yang aku buat kat RHH aku nih..


Tujuan nya ialah untuk melindungi sirip sirip radiator dari tercedera dek batu dan benda benda asing ketika bergerak pada kelajuan yang rendah atau pun tinggi..

Jadi, dengan adanya radiator cover nih, sirip sirip radiator terlindung dan sekaligus terhindar dari kesan kemek yang akan menjejaskan pengaliran udara sejuk ke radiator..

So, peralatan asas untuk mulakan kerja kerja..


terlupa nak snap gambar bahan utama, aluminium wire mesh.. benda nih bole je beli kat mana mana kedai hardware.. beli dalam 1 kaki je.. nak guna sikit je pun.. lebih lebih tu, bole la simpan.. mana tau, kot kot nak buat spare ke..

so, alatan mana yang ada dalam gambar tu, ada yang guna, dan ada yang tak guna langsung sepanjang proses pembuatan.. hehe

Step 1:
Buat bingkai dengan mengggunakan dawai.. ukur dulu saiz radiator tu.. so, bingkai dawai tu mesti ngam ngam dengan saiz radiator..
 
 


Step 2:
Apitkan keliling wire mesh dengan dawai untuk buat frame rangka.. supaya rangka lebih kukuh.. sebab, wire mesh yang halus nih, lembut.. so, kalau nak buat tanpa bingkai dawai pun boleh.. tapi senang nak bengkok sana sini la..



Step 3
So, agak agak dah siap ke empat empat bahagian tepi wire mesh tu, lebih kurang jadi macam nih la.. pastikan saiz wire mesh tu di bentuk mengikut bingkai dawai dalam Step 1 tadi. Dan potong bahagian bahagian yang tak perlu eg. slot nat & bolt, pada frame radiator..


Step 4:
Cat radiator cover mengikut citarasa sendiri.. bagi aku punya, aku buat macam dalam gambar nih..


Sekian writing aku kali nih..

Tuesday, August 7, 2012

Memerang Putih vs Tengiling Merah

Assalamualaikum... Perghhh..!!!! dah lama gila tinggal kan blog nih... tak tau la kenapa.. sibuk sangat kot??

Isk.. segan pulak nak write new entry.. ahhh.. poyo je.. tulis je lah.. ahahaha

So, seperti tajuk aku di atas.. aku dah pun jual Myvi kesayangan aku tu.. dan beralih arah kepada dunia rempit (oppsss...!!! rempit is for budak-budak yang baru nak besor, bikers is for orang dah besor.. ahaha)

Salah la pulak.. dunia bikers la.. setelah lebih 5 tahun tinggalkan arena permotoran 2 tayar nih.. So, aku kembali menunggang tenggiling 2 tayar ni di atas jalan raya.. yeahhh..!!!

Sebelum aku write dengan lebih panjang, sebab dan musabab semua yang berlaku.. ni ha gambar terakhir Myvi aku sebelum di jual...

 Myvi Sxi 2009

Sebab musabab aku jual Myvi ni:

1. Nak jimat petrol, toll, maintenance, bla bla bla..
2. Nak cepat pegi-balik keje
3. Nak pakai 1 kereta yang lebih flexible, besar dan pelbagai guna; yakni MPV (masa tu aku 1 kereta, wife aku 1 kereta)
4. Keadaan traffic kat Selangor dan KL yang teramat la teruk


Rasanya itu la sebab utama aku jual Myvi aku nih..


Aku berjaya jual pada harga yang agak reasonable walaupun baru 3 tahun pakai kereta ni.. dan kereta ni berjaya di jual di hometown aku, Taiping pada harga RM 31,300.


Dengan baki hutang dekat bank RM37, 200.. so, aku kena tambah dalam 6 ribu lebih dekat bank..


Sebab musabab aku jual kat Taiping instead of Selangor.. rata-rata sepanjang aku servey, semua used car nak amik bawah 30 ribu.. dalam 28 ribu macam tu, So, sakit la aku nak topup banyak dekat bank..


Dan alhamdulillah, uncle used car kat Taiping nun bagi harga yang agak tinggi.. dan yang penting dalam bajet aku..


So, dengan terjualnya Myvi aku nih, aku terus angkat Yamaha FZ150i - cash RM 8,300 dekat Taiping jugak.. dah memang luck aku agaknya, boleh dapat harga murah macam tu untuk FZ tahun 2012 nih... sebab kalau ikutkan aku servey sekitar area Klang dan Shah Alam dalam RM8,5,00 - RM9,000 untuk FZ 2012 nih..

Apa-apa pun layan motor stended ni dulu..


Setelah pikir punya pikir.. maka tergelar la FZ aku ni dengan nama "RED RIDING HOOD" ahaha...

Lupa pulak.. sebelum "RRH" aku ni keluar, aku dah sambar dah jaket dengan glove.. Jaket Contin Corble and Glove Scoyco.. dengan member aku dekat Seksyen 15, Shah Alam.


Price? Jangan tanya la.. sum total RM300 dua benda alah ni je.. kopak kopak.. ahaha.

So, hari pertama keluarnya "RRH" ni, dah pun di lenjan kan atas highway pantang nya.. riding Taiping - Klang..

Dengan khabar khabar angin menceritakan FZ nih teramat jimat minyak.. ternyata terbukti khabar angin tersebut.. perjalanan hampir 4jam (bawak 100-110km/j sebab masih dalam pantang) hanya memerlukan RM25 sahaja.. motor lain, aku tak pasti la..

So, bermula la hari-hari aku dengan "RRH" aku ni.. hmmmm...

Tapi tak habis setakat tu je.. dalam hari minggu yang sama "RRH" aku ni keluar, MPV baru untuk 1 family aku pun keluar jugak.. Nissan Grand Livina 1.8 Impul Aerokit... Perodua Viva wife aku telah pun di ambil guna pakai oleh mak & ayah mertua aku.. yakni, mak & ayah wife aku la.. setelah depa jual Wira Aeroback 1.6 tahun 2000 kat Taiping jugak.. Ahahahaha.. Taiping amik kereta tinggi wei.. mai pakat jual kat Taiping meh... ahahaha

GL nih untuk wife aku bawak la.. dia nak ulang alik Klang-KL tiap-tiap hari, sementara dia nak sambung PHD dekat UiTM Shah Alam nanti.. sedap sikit dia nak bawak kereta berbanding Viva nun..


Jadi, lengkap la sudah pengangkutan untuk aku sekeluarga... Insyallah aku akan write lagi, mungkin banyak focus pada tenggiling merah aku la.. hehehe

Nota Kaki:
             Dalam pemerhatian... Kawasaki Versys 650..

Thursday, November 17, 2011

Import Barang Dari China

Adeh... dek sibuk bekerja, tak sempat nak update blog nih... ok, la.. di mulai dengan bismillah..

5 hari.. !!! Itu masa yang diperlukan untuk membeli dan menerima pesanan barang dari China.
Ni adalah pertama kali aku membuat international online shopping. Sebelum ni hanya selalu online shopping melalui lelong.com.my ataupun forum-forum yang terpilih sahaja.

Segalanya bermula apabila, timbul keinginan untuk mencuba online business. Pencarian maklumat dari forum-forum mengenai membeli barangan dari China dalam kuantiti yang banyak. Dan bagaimana untuk membuat urusan dengan pengedar

Maka langkah di mulakan dengan membuat pencarian di Ali Baba.com tetapi aku dapat tahu yang urus niaga di disini tak menjamin keselamatan pelanggan. Banyak penipuan yang telah berlaku dari segi barang yang tak sampai dan duit hangus begitu sahaja.

Tetapi akhirnya aku temui satu lagi portal iaitu Ali Express.com dimana ianya adalah adik kepada Ali Baba.com. Disini, urus niaga antara pembeli dan pembekal adalah di jamin oleh satu sistem iaitu Escrow. Dimana, segala pembayaran tidak akan di lepaskan kepada pembekal selagi barangan yang di pesan tidak sampai di tangan pelanggan..

Pembayaran tersebut akan di 'pegang' dahulu oleh "Escrow" tersebut.. Berikut adalah ringkasan rekod transaksi aku dengan pembekal China tu:

08hb Nov 2011 - membuat pembayaran secara "kredit" kepada Escrow Aliexpress
10hb Nov 2011 - dealer China membuat penghantaran
12hb Nov 2011 - barang di pesan sampai depan pintu
13hb Nov 2011 - pembayaran di lepaskan kepada dealer oleh Escrow

mudah bukan?? yang penting, kena berhati-hati memilih pembekal dari China ni... kena tengok rekod transaksi pembekal tersebut...

tak di nafikan, kadang-kadang kita tersilap langkah... tapi dengan sistem yang diguna pakai Escrow ni, menjamin keselamatan pembeli... kalau barang yang di pesan tidak sampai atau kurang memuaskan, pembeli boleh membuat laporan untuk menarik balik pembayaran kepada Escrow.. tetapi di galakkan untuk membuat perbincangan terlebih dahulu dengan pembekal..

setakat ni, masih lagi membuat setup untuk perniagaan online aku ni... hehe.. link atau pautan akan di beri kemudian...

Tuesday, October 25, 2011

Kluang?? Taiping??

Selalu nya aku akan pegi melawat tapak projek aku di Ayer Hitam, Johor yang sekarang ni tengah rancak untuk menyiapkan sebuah Balai Bomba untuk kawasan Ayer Hitam dan sekitarnya... kadang-kadang tu tergerak rasa hati nak pegi Bandar Kluang sebab situ yang famousnya, Kluang Rail Coffee Shop nya.. tapi asyik tertangguh aje.. sebab takde hal nak buat kat situ.. hehe

So hari ni, alang-alang aku dah sampai situ atas urusan dengan Jurutera TNB Bahagian Perancangan berkenaan projek Balai Bomba tu jugak, aku pun ronda2 sekitar bandar Kluang tu... tak susah pun.. ada beberapa jalan je yang boleh dikatakan jalan utama.. kalau dari tol Ayer Hitam dalam 1/2 jam smpai la.. dan dalam pemerhatian aku, bandar ni develop pun sepanjang landasan keretapi kat situ..

Disebabkan dari JB aku tak sarapan, terus settlekan kerja dulu, aku pun carik la Kluang Rail Coffee ni.. time tu dah pukul 11am.. tak susah pun, betul2 satu bangunan dengan Stesen Keretapi Kluang tu.. di sebabkan esok Depavali, jem sikit la, org2 shopping.. jalan nak ke stesen pun tutup, terpaksa pusing jauh.. dah sampai tu, aku ingatkan dah tutup, rupanya ada lagi.. cuma dah menghampiri waktu tutupnya.. haha..

So, aku order menu basic roti bakar, kopi ais dan telur 1/2 masak... mmg sedap pun.. kopi dia kaw pun.. tapi, sori la ehh??? tak sempat nak amik gambar.. lapor punya pasal... hahaha

Dah lepas minum tu, melepak la kejap kat stesen tu... perghhh.. tetiba terasa mcm kat Taiping pulak.. hahahaha.. dah rasa nak balik pulak.. hahaha..

Keadaan stesen tu mmg dah uzur mcm kat Taiping.. walaupun tak sama, tapi bole di kira sama level dengan Taiping la environment tu..






So, lepas ni nak pegi stesen keretapi Taiping pulak.. nak tengok mana lagi uzur... hahaha

For info, Kluang Rail Coffee ni dah bukak branch macam Old Town tu.. bole tengok dalam website dia.. kluangstation

tapi biasa lah... bila dah nama pun coffee house milik orang cina.. "binatang" tu mesti dikaitankan dengan makanan yang di sajikan kat situ... apa2 pun, kalau was-was jangan la masuk makan.. kalau yakin, tawakal saja la eh??

Monday, October 24, 2011

Gadget Baru - Blackberry Mukabuku

dah lama tak update blog ni.. kuang kuang..

ok, entry kali ni pasal "toy" terbaru yang aku angkat setelah "habis pikir".. haha
memandangkan kewangan tak mengizinkan.. maka nafsu mendorong aku membuat installment dengan AEON melalui Seng Heng... berapa lama & berapa bulan2.. tak perlu di terangkan... :)

so dah dekat seminggu pegang mainbuku ni, dan ianya amat memudahkan aku utk membuat kerja dan apa2 saja yang aku nak tanpa membuka laptop aku...

antara "cool features" yang memudahkan aku adalah:

1. "Blackberry Bridge"- pairing Blackberry smartphone aku dan mukabuku dalam meng"access" internet, email, file2, memo, task dan jugak BBM.

2. "Wireless Data Sharing" - menjadikan mukabuku aku ini sebagai Mass Storage tanpa wayar yang bole di access di laptop aku dengan menggunakan internet wifi connection sebagai medium penghantaran.

setakat ini, mukabuku memang memuaskan hati aku.. walaupun application Blackberry tak sebanyak Apple dan Android..

tapi mengikut sumber2 dan berita semasa RIM, RIM akan update OS mukabuku ini supaya ianya boleh memainkan semua applikasi Android ke dalam mukabuku... so, it will be a heaven for BB user soon... YEAH!!

sekarang pun, kebanyakan vendor games seperti EA dan Gameloft dah mula menghasilkan games2 HD yang menarik.. tapi kena lah beli.. bukan free lor.. haha

tapi bagi aku, penantian Apps Autocad WS adalah amat ditunggu... sebab, ianya penting bagi aku untuk memudahkan kerja-kerja aku di tapak dan di mana jua...

Tuesday, March 22, 2011

Outing Hari Minggu

So, Ahad lepas aku & family jalan-jalan ke shopping complex bagi memenuhi masa lapang cuti hujung minggu aku. Bangun seawal pagi untuk breakfast McD di Petronas, Nusa Bestari..punya la ramai orang..penuh meja..tak sempat nak ambik gambar..sebab dok pikir meja mana nak duduk dan perut tersangat lapar..huhu

Lepas tu, kami terus pegi ke Jusco Bukit Indah, tak jauh dari rumah aku, kira-kira 10 minit kalau tak jam..cuaca pagi memang baik dan sejuk..so, awal pagi seawal 10.30 pagi, memang tak ramai orang..parking pun ok..so kali ni, cuma boleh "window shopping" saja lah.. (maklumla, dah hujung-hujung bulan nih..)

Tertarik kat satu kedai RM5 Daiso Japan yang ada kat Jusco Bukit Indah ni..konsepnya sama macam kedai RM5 Hinode tu..tapi barangan dalam tu semuanya dari Japan..dari bateri hingga la tempat pemotong sayur sekali pun..semua dari Jepun..banyak barangan unik yang tak jumpa kat Malaysia ni..


No Stick Mat, Laundry Bay, AA Battery, LR44 Battery & Anti Electrostatic Keychain

AA Battery, LR44 Battery & Anti Electrostatic Keychain

  Dan, seperti biasa Big Apple mesti jadi kemestian bila datang Jusco..hehe.. paling favorite The Alien la..




Tapi, ini untuk di'tapau' balik..bukan habis di sana..hehe..makan yang sebenar adalah di Arena Jusco. Kat sana aku dan wife bantai shushi, walaupun negara Jepun baru je di landa musibah..aku pulak tertarik dengan ABC tu..nak hilangkan dahaga..huhu (tapi tak habis pun..sejuk sangat..)


So,bole katakan hari minggu ni, agak ke-Jepunan aku sekeluarga..haha..beli barangan Jepun, makan makanan Jepun..dan ade orang tegur anak aku macam anak Jepun..walawehhh..

Agak lama aku & family kat dalam Jusco tu, smpai tak sedar dah pukul 2 petang..dan hujan lebat dekat luar..so, kitaorang pun balik la..so, dalam nak balik tu, kat jalan menghala ke Nusa Bestari tu jam..ingatkan traffic light..rupanya banjir..nasib baik la tak tinggi air naik..kalau tak..memang tak bergerak kami...

 



Nasib baik lepas banjir ni..takut-takut jugak kalau air masuk dalam ekzos dan enjin..huhu..masak kalau macam tu..Anyway, great outing with family..insyallah, next trip akan di post kan di sini..

Wednesday, March 16, 2011

Pening-Pening dan Loya-Loya

Sejak 2 hari lepas, asal balik keje je, badan rasa lenguh-lenguh dan tekak rasa loya-loya je..as usual, solution nya aku akan tido je la..Tapi kadang-kadang tak berkesan, apa pasal eh?

Kalau ikutkan, 2 hari lepas memang ada hujan sikit-sikit..adakah radiasi reaktor nuclear kat Jepun tu dah sampai Malaysia? Yang membuatkan aku kena kesan nya??

Tapi, kalau dah sampai Malaysia, mesti berita dah siarkan benda ni..
Tapi ye ke berita akan siarkan? mungkin rakyat akan jadi panik kot kalau keluar berita..huhu

Apa-apa pun, kita tengok dalam seminggu ni..kalau berterusan jugak, pegi klinik le..