Thursday, November 17, 2011

Import Barang Dari China

Adeh... dek sibuk bekerja, tak sempat nak update blog nih... ok, la.. di mulai dengan bismillah..

5 hari.. !!! Itu masa yang diperlukan untuk membeli dan menerima pesanan barang dari China.
Ni adalah pertama kali aku membuat international online shopping. Sebelum ni hanya selalu online shopping melalui lelong.com.my ataupun forum-forum yang terpilih sahaja.

Segalanya bermula apabila, timbul keinginan untuk mencuba online business. Pencarian maklumat dari forum-forum mengenai membeli barangan dari China dalam kuantiti yang banyak. Dan bagaimana untuk membuat urusan dengan pengedar

Maka langkah di mulakan dengan membuat pencarian di Ali Baba.com tetapi aku dapat tahu yang urus niaga di disini tak menjamin keselamatan pelanggan. Banyak penipuan yang telah berlaku dari segi barang yang tak sampai dan duit hangus begitu sahaja.

Tetapi akhirnya aku temui satu lagi portal iaitu Ali Express.com dimana ianya adalah adik kepada Ali Baba.com. Disini, urus niaga antara pembeli dan pembekal adalah di jamin oleh satu sistem iaitu Escrow. Dimana, segala pembayaran tidak akan di lepaskan kepada pembekal selagi barangan yang di pesan tidak sampai di tangan pelanggan..

Pembayaran tersebut akan di 'pegang' dahulu oleh "Escrow" tersebut.. Berikut adalah ringkasan rekod transaksi aku dengan pembekal China tu:

08hb Nov 2011 - membuat pembayaran secara "kredit" kepada Escrow Aliexpress
10hb Nov 2011 - dealer China membuat penghantaran
12hb Nov 2011 - barang di pesan sampai depan pintu
13hb Nov 2011 - pembayaran di lepaskan kepada dealer oleh Escrow

mudah bukan?? yang penting, kena berhati-hati memilih pembekal dari China ni... kena tengok rekod transaksi pembekal tersebut...

tak di nafikan, kadang-kadang kita tersilap langkah... tapi dengan sistem yang diguna pakai Escrow ni, menjamin keselamatan pembeli... kalau barang yang di pesan tidak sampai atau kurang memuaskan, pembeli boleh membuat laporan untuk menarik balik pembayaran kepada Escrow.. tetapi di galakkan untuk membuat perbincangan terlebih dahulu dengan pembekal..

setakat ni, masih lagi membuat setup untuk perniagaan online aku ni... hehe.. link atau pautan akan di beri kemudian...

0 comments:

Post a Comment