Wednesday, January 26, 2011

Jumpa Jua Pengasuh Anak


Alhamdulillah, jumpa jugak pengasuh anak aku yang baru masuk 1 bulan. Bukan apa, susah nak cari pengasuh anak yang nak jaga baby 1 - 6 bulan ni. Banyak Taska yang aku pegi, semua nak 6 bulan ke atas. Tak berani katanya...ye la kan, sebelum ni banyak kes bayi tercekik susu bila di bawah jagaan Taska ni..

Berbalik kepada pengasuh yang aku jumpa tu..namanya Kak Linda, suami nya polis, tak tau pangkat apa..(nanti aku siasat, hehe) actually, bukan aku yang cari+jumpa hehehe.. Mak mertua aku yang cari+jumpa dengan cara 'random visit' rumah ke rumah kat kawasan kejiranan aku ni...hehehe. (senang kata, aku malas sikit nak buat keje macam tu). Rumah dia selang 4 buah rumah dari rumah aku.

Kes Curi Kabel






Aku ni cukup tak puas hati dengan pencuri-pencuri kabel ni.. main rembat je kabel-kabel kat tapak projek aku tu. Sekarang aku tengah 'handle' projek sebuah sekolah rendah kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia,  di bandar Johor ni untuk pemasangan elektrik (sekolah ape, tak boleh aku dedahkan atas sebab-sebab 'privacy' projek).

Tuesday, January 25, 2011

Salam Perkenalan

Assalamualaikum,

Salam perkenalan kepada semua pengunjung Tupai Besar. Aku ni masih baru dalam dunia blog ni dan sebelum ini aku rajin membaca blog-blog dari bloggers lain yang terkenal dan tersohor.

Blog ini adalah blog umum yang akan memaparkan apa jua yang aku rasa patut aku post di dalam blog ini. Tak kira apa pun entri, hal ehwal semasa, hal-hal politik, hal-hal harian aku dan hal-hal yang lain. Dan pastinya di harap tak hal-hal tersebut tidak menyinggung perasaan orang lain.

Di harap, apa jua yang aku akan post dapat diterima pengunjung Tupai Besar. Apa pun teguran akan aku terima sama ada baik atau buruk, ianya untuk pengajaran aku yang masih baru ini.

Selamat berkunjung

Sekian,
Tupai Besar