Wednesday, January 26, 2011
Jumpa Jua Pengasuh Anak
Alhamdulillah, jumpa jugak pengasuh anak aku yang baru masuk 1 bulan. Bukan apa, susah nak cari pengasuh anak yang nak jaga baby 1 - 6 bulan ni. Banyak Taska yang aku pegi, semua nak 6 bulan ke atas. Tak berani katanya...ye la kan, sebelum ni banyak kes bayi tercekik susu bila di bawah jagaan Taska ni..
Berbalik kepada pengasuh yang aku jumpa tu..namanya Kak Linda, suami nya polis, tak tau pangkat apa..(nanti aku siasat, hehe) actually, bukan aku yang cari+jumpa hehehe.. Mak mertua aku yang cari+jumpa dengan cara 'random visit' rumah ke rumah kat kawasan kejiranan aku ni...hehehe. (senang kata, aku malas sikit nak buat keje macam tu). Rumah dia selang 4 buah rumah dari rumah aku.
So, setelah mak mertua aku dan isteri aku ziarah pengasuh tu, (aku terpaksa 'stay' kat rumah, sebab penat baru balik kerja..hahaha) dan bincang+sembang+bincang, cas yang dikenakan RM300 sebulan...hurmmm..kira-kira RM13++ sehari..ok la kot? aku pun tak berapa tau 'rate' kat Johor ni..tambah pulak baru dapat anak, takde pengalaman..huhu
Jadi, lepas Chinese New Year ni, start la anak aku kena hantar kat Kak Linda.. harap-harap dia dapat la jaga anak aku sebaiknya.. sebab hasil 'chit chat' isteri aku, dia dah banyak jaga anak orang sebelum ni..so sila lah jaga baik-baik anak saya itu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment