Thursday, November 17, 2011

Import Barang Dari China

Adeh... dek sibuk bekerja, tak sempat nak update blog nih... ok, la.. di mulai dengan bismillah..

5 hari.. !!! Itu masa yang diperlukan untuk membeli dan menerima pesanan barang dari China.
Ni adalah pertama kali aku membuat international online shopping. Sebelum ni hanya selalu online shopping melalui lelong.com.my ataupun forum-forum yang terpilih sahaja.

Segalanya bermula apabila, timbul keinginan untuk mencuba online business. Pencarian maklumat dari forum-forum mengenai membeli barangan dari China dalam kuantiti yang banyak. Dan bagaimana untuk membuat urusan dengan pengedar

Maka langkah di mulakan dengan membuat pencarian di Ali Baba.com tetapi aku dapat tahu yang urus niaga di disini tak menjamin keselamatan pelanggan. Banyak penipuan yang telah berlaku dari segi barang yang tak sampai dan duit hangus begitu sahaja.

Tetapi akhirnya aku temui satu lagi portal iaitu Ali Express.com dimana ianya adalah adik kepada Ali Baba.com. Disini, urus niaga antara pembeli dan pembekal adalah di jamin oleh satu sistem iaitu Escrow. Dimana, segala pembayaran tidak akan di lepaskan kepada pembekal selagi barangan yang di pesan tidak sampai di tangan pelanggan..

Pembayaran tersebut akan di 'pegang' dahulu oleh "Escrow" tersebut.. Berikut adalah ringkasan rekod transaksi aku dengan pembekal China tu:

08hb Nov 2011 - membuat pembayaran secara "kredit" kepada Escrow Aliexpress
10hb Nov 2011 - dealer China membuat penghantaran
12hb Nov 2011 - barang di pesan sampai depan pintu
13hb Nov 2011 - pembayaran di lepaskan kepada dealer oleh Escrow

mudah bukan?? yang penting, kena berhati-hati memilih pembekal dari China ni... kena tengok rekod transaksi pembekal tersebut...

tak di nafikan, kadang-kadang kita tersilap langkah... tapi dengan sistem yang diguna pakai Escrow ni, menjamin keselamatan pembeli... kalau barang yang di pesan tidak sampai atau kurang memuaskan, pembeli boleh membuat laporan untuk menarik balik pembayaran kepada Escrow.. tetapi di galakkan untuk membuat perbincangan terlebih dahulu dengan pembekal..

setakat ni, masih lagi membuat setup untuk perniagaan online aku ni... hehe.. link atau pautan akan di beri kemudian...

Tuesday, October 25, 2011

Kluang?? Taiping??

Selalu nya aku akan pegi melawat tapak projek aku di Ayer Hitam, Johor yang sekarang ni tengah rancak untuk menyiapkan sebuah Balai Bomba untuk kawasan Ayer Hitam dan sekitarnya... kadang-kadang tu tergerak rasa hati nak pegi Bandar Kluang sebab situ yang famousnya, Kluang Rail Coffee Shop nya.. tapi asyik tertangguh aje.. sebab takde hal nak buat kat situ.. hehe

So hari ni, alang-alang aku dah sampai situ atas urusan dengan Jurutera TNB Bahagian Perancangan berkenaan projek Balai Bomba tu jugak, aku pun ronda2 sekitar bandar Kluang tu... tak susah pun.. ada beberapa jalan je yang boleh dikatakan jalan utama.. kalau dari tol Ayer Hitam dalam 1/2 jam smpai la.. dan dalam pemerhatian aku, bandar ni develop pun sepanjang landasan keretapi kat situ..

Disebabkan dari JB aku tak sarapan, terus settlekan kerja dulu, aku pun carik la Kluang Rail Coffee ni.. time tu dah pukul 11am.. tak susah pun, betul2 satu bangunan dengan Stesen Keretapi Kluang tu.. di sebabkan esok Depavali, jem sikit la, org2 shopping.. jalan nak ke stesen pun tutup, terpaksa pusing jauh.. dah sampai tu, aku ingatkan dah tutup, rupanya ada lagi.. cuma dah menghampiri waktu tutupnya.. haha..

So, aku order menu basic roti bakar, kopi ais dan telur 1/2 masak... mmg sedap pun.. kopi dia kaw pun.. tapi, sori la ehh??? tak sempat nak amik gambar.. lapor punya pasal... hahaha

Dah lepas minum tu, melepak la kejap kat stesen tu... perghhh.. tetiba terasa mcm kat Taiping pulak.. hahahaha.. dah rasa nak balik pulak.. hahaha..

Keadaan stesen tu mmg dah uzur mcm kat Taiping.. walaupun tak sama, tapi bole di kira sama level dengan Taiping la environment tu..






So, lepas ni nak pegi stesen keretapi Taiping pulak.. nak tengok mana lagi uzur... hahaha

For info, Kluang Rail Coffee ni dah bukak branch macam Old Town tu.. bole tengok dalam website dia.. kluangstation

tapi biasa lah... bila dah nama pun coffee house milik orang cina.. "binatang" tu mesti dikaitankan dengan makanan yang di sajikan kat situ... apa2 pun, kalau was-was jangan la masuk makan.. kalau yakin, tawakal saja la eh??

Monday, October 24, 2011

Gadget Baru - Blackberry Mukabuku

dah lama tak update blog ni.. kuang kuang..

ok, entry kali ni pasal "toy" terbaru yang aku angkat setelah "habis pikir".. haha
memandangkan kewangan tak mengizinkan.. maka nafsu mendorong aku membuat installment dengan AEON melalui Seng Heng... berapa lama & berapa bulan2.. tak perlu di terangkan... :)

so dah dekat seminggu pegang mainbuku ni, dan ianya amat memudahkan aku utk membuat kerja dan apa2 saja yang aku nak tanpa membuka laptop aku...

antara "cool features" yang memudahkan aku adalah:

1. "Blackberry Bridge"- pairing Blackberry smartphone aku dan mukabuku dalam meng"access" internet, email, file2, memo, task dan jugak BBM.

2. "Wireless Data Sharing" - menjadikan mukabuku aku ini sebagai Mass Storage tanpa wayar yang bole di access di laptop aku dengan menggunakan internet wifi connection sebagai medium penghantaran.

setakat ini, mukabuku memang memuaskan hati aku.. walaupun application Blackberry tak sebanyak Apple dan Android..

tapi mengikut sumber2 dan berita semasa RIM, RIM akan update OS mukabuku ini supaya ianya boleh memainkan semua applikasi Android ke dalam mukabuku... so, it will be a heaven for BB user soon... YEAH!!

sekarang pun, kebanyakan vendor games seperti EA dan Gameloft dah mula menghasilkan games2 HD yang menarik.. tapi kena lah beli.. bukan free lor.. haha

tapi bagi aku, penantian Apps Autocad WS adalah amat ditunggu... sebab, ianya penting bagi aku untuk memudahkan kerja-kerja aku di tapak dan di mana jua...

Tuesday, March 22, 2011

Outing Hari Minggu

So, Ahad lepas aku & family jalan-jalan ke shopping complex bagi memenuhi masa lapang cuti hujung minggu aku. Bangun seawal pagi untuk breakfast McD di Petronas, Nusa Bestari..punya la ramai orang..penuh meja..tak sempat nak ambik gambar..sebab dok pikir meja mana nak duduk dan perut tersangat lapar..huhu

Lepas tu, kami terus pegi ke Jusco Bukit Indah, tak jauh dari rumah aku, kira-kira 10 minit kalau tak jam..cuaca pagi memang baik dan sejuk..so, awal pagi seawal 10.30 pagi, memang tak ramai orang..parking pun ok..so kali ni, cuma boleh "window shopping" saja lah.. (maklumla, dah hujung-hujung bulan nih..)

Tertarik kat satu kedai RM5 Daiso Japan yang ada kat Jusco Bukit Indah ni..konsepnya sama macam kedai RM5 Hinode tu..tapi barangan dalam tu semuanya dari Japan..dari bateri hingga la tempat pemotong sayur sekali pun..semua dari Jepun..banyak barangan unik yang tak jumpa kat Malaysia ni..


No Stick Mat, Laundry Bay, AA Battery, LR44 Battery & Anti Electrostatic Keychain

AA Battery, LR44 Battery & Anti Electrostatic Keychain

  Dan, seperti biasa Big Apple mesti jadi kemestian bila datang Jusco..hehe.. paling favorite The Alien la..




Tapi, ini untuk di'tapau' balik..bukan habis di sana..hehe..makan yang sebenar adalah di Arena Jusco. Kat sana aku dan wife bantai shushi, walaupun negara Jepun baru je di landa musibah..aku pulak tertarik dengan ABC tu..nak hilangkan dahaga..huhu (tapi tak habis pun..sejuk sangat..)


So,bole katakan hari minggu ni, agak ke-Jepunan aku sekeluarga..haha..beli barangan Jepun, makan makanan Jepun..dan ade orang tegur anak aku macam anak Jepun..walawehhh..

Agak lama aku & family kat dalam Jusco tu, smpai tak sedar dah pukul 2 petang..dan hujan lebat dekat luar..so, kitaorang pun balik la..so, dalam nak balik tu, kat jalan menghala ke Nusa Bestari tu jam..ingatkan traffic light..rupanya banjir..nasib baik la tak tinggi air naik..kalau tak..memang tak bergerak kami...

 



Nasib baik lepas banjir ni..takut-takut jugak kalau air masuk dalam ekzos dan enjin..huhu..masak kalau macam tu..Anyway, great outing with family..insyallah, next trip akan di post kan di sini..

Wednesday, March 16, 2011

Pening-Pening dan Loya-Loya

Sejak 2 hari lepas, asal balik keje je, badan rasa lenguh-lenguh dan tekak rasa loya-loya je..as usual, solution nya aku akan tido je la..Tapi kadang-kadang tak berkesan, apa pasal eh?

Kalau ikutkan, 2 hari lepas memang ada hujan sikit-sikit..adakah radiasi reaktor nuclear kat Jepun tu dah sampai Malaysia? Yang membuatkan aku kena kesan nya??

Tapi, kalau dah sampai Malaysia, mesti berita dah siarkan benda ni..
Tapi ye ke berita akan siarkan? mungkin rakyat akan jadi panik kot kalau keluar berita..huhu

Apa-apa pun, kita tengok dalam seminggu ni..kalau berterusan jugak, pegi klinik le..

New Blackberry Bold 9780 with Celcom Biz Data Plan

Dalam last post aku mengenai Samsung Omnia II - Telah Di Jual, aku bercadang nak angkat Blackberry Bold 9780. So, hari ni 16/03/11 aku dh pun pegang handphone baru aku Blackberry 9780 dengan harga RM1300 siap dengan Celcom Biz data plan. (Device RM1000, Upfront Payment Data Plan RM300) yeaaaaa!!!!




Update Post #5 - Kancil 850 Manual Untuk Dijual

Pada post aku mengenai Kancil 850 Manual Untuk Dijual sukacita nak bagitau, yang kereta tu telah berjaya dijual dengan harga RM9000 pada kawan mak aku yang tinggal di Taiping pada 12hb March 2011. So far, segala urusan berjalan lancar, kecuali bila nak buat settlement dengan bank..(bank mana? tak bole nak di dedahkan disini..aku bagi PNC sikit)

Samsung Omnia II - Telah Di Jual

Hari ni aku berjaya menjual smartphone aku Samsung Omnia II yang dah aku guna dekat 1tahun kat sorang brader kat Bukit Beruntung, Rawang, Selangor..masa beli dulu RM1600 secara online dengan seller dalam forum Carigold.com. Dan sekarang aku jual fullset RM600 je..tolak sekali dengan aksesori-aksesori yang aku ada..haha..betapa jatuh nya harga hf sekarang ni..aku mula iklankan hf ni dalam lowyat.net pada hari Selasa 14/03/11.

Saturday, February 26, 2011

Riadah Petang @ Scientex Park, Johor Bahru

Hari ni aku dengan family pergi beriadah di Taman Scientex Park, Johor Bahru, berdekatan rumah aku..Taman Mutiara Rini. Kalau dari Taman Universiti kira-kira 10 minit perjalanan.

Dah lama sebenarnya nak riadah kat sini, tapi asyik hujan je..lalu lalang depan park ni dh banyak kali...so 1st time masuk, nampak macam besar..dan ternyata mmg besar pun..tak larat nak berjalan..kalau berjoging ok la..mmg puas..hehehe..

Friday, February 11, 2011

Kancil 850 Manual untuk Dijual






Aku ada sebijik kereta nak 'letgo'. Kancil Manual 850, tahun 2002. Dah tak pakai keta ni..tersimpan rapi dekat rumah adik aku kat Shah Alam.. bawak sesekali je...
Ni keta adik aku yang telah di 'swap' dengan keta Kelisa aku dulu..Kelisa aku dah pun selamat dijual oleh mak aku kat Taiping.

Segala service dan penjagaan dibuat tiap-tiap bulan..nak merapinya tak susah pun..sebab bukan pakai selalu..just hantar 'car wash' je..hehe..

Jadi, sesiapa yang berminat, boleh hubungi aku untuk perbincangan lanjut..aku bukak harga RM10,000.

Berminat hubungi Hazami 013-7451869

Thursday, February 10, 2011

"Nama Pun Sampah" - Another Hidden Raja Lawak

aku jumpa video dia ni kat Carigold.com, pada aku nice presentation...memang kelakar...ada bakat untuk bentangkan idea-idea dia walaupun guna hal-hal remeh..


nak tengok video-video lain dia klik sini

Wednesday, January 26, 2011

Jumpa Jua Pengasuh Anak


Alhamdulillah, jumpa jugak pengasuh anak aku yang baru masuk 1 bulan. Bukan apa, susah nak cari pengasuh anak yang nak jaga baby 1 - 6 bulan ni. Banyak Taska yang aku pegi, semua nak 6 bulan ke atas. Tak berani katanya...ye la kan, sebelum ni banyak kes bayi tercekik susu bila di bawah jagaan Taska ni..

Berbalik kepada pengasuh yang aku jumpa tu..namanya Kak Linda, suami nya polis, tak tau pangkat apa..(nanti aku siasat, hehe) actually, bukan aku yang cari+jumpa hehehe.. Mak mertua aku yang cari+jumpa dengan cara 'random visit' rumah ke rumah kat kawasan kejiranan aku ni...hehehe. (senang kata, aku malas sikit nak buat keje macam tu). Rumah dia selang 4 buah rumah dari rumah aku.

Kes Curi Kabel






Aku ni cukup tak puas hati dengan pencuri-pencuri kabel ni.. main rembat je kabel-kabel kat tapak projek aku tu. Sekarang aku tengah 'handle' projek sebuah sekolah rendah kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia,  di bandar Johor ni untuk pemasangan elektrik (sekolah ape, tak boleh aku dedahkan atas sebab-sebab 'privacy' projek).

Tuesday, January 25, 2011

Salam Perkenalan

Assalamualaikum,

Salam perkenalan kepada semua pengunjung Tupai Besar. Aku ni masih baru dalam dunia blog ni dan sebelum ini aku rajin membaca blog-blog dari bloggers lain yang terkenal dan tersohor.

Blog ini adalah blog umum yang akan memaparkan apa jua yang aku rasa patut aku post di dalam blog ini. Tak kira apa pun entri, hal ehwal semasa, hal-hal politik, hal-hal harian aku dan hal-hal yang lain. Dan pastinya di harap tak hal-hal tersebut tidak menyinggung perasaan orang lain.

Di harap, apa jua yang aku akan post dapat diterima pengunjung Tupai Besar. Apa pun teguran akan aku terima sama ada baik atau buruk, ianya untuk pengajaran aku yang masih baru ini.

Selamat berkunjung

Sekian,
Tupai Besar